Sunday, May 13, 2012

Weekend in Malacca.

Assalamualaikum.


Fuh its been a while kan. Macam years pulak tak update. Hehehe.. This semester is my final semester and I'll be graduate in September or October I guess. InsyaAllah. Lots of story nak cerita tapi malas nak taip panjang-panjang. Cerita ni pun da quite lama. I guess I pick the best story la lepas ni kalau terkubur sangat cerita dalam otak ni.

So, awal bulan April my fiance asked me to join his PLKN's reunion di Melaka. Dalam fikiran, malas la. Member dia, bukannya aku kenal pun lagipun banyak kerja semua. Tapi bila dia da start buka mulut 'time ni la nak kenal kawan abg, bila lagi nak kumpul macam ni, bawak-bawak la bersosial bla bla bla' (ayat rekacipta sendiri tapi lebih kurang la ape yang Am cakap). 

Then 28th April akhirnya pergi lah jugak aku reunion tu. Kekok gila sebab semua aku tak kenal. Tapi de seorang budak KDSE boleh la layan sebab satu U kan. Hehehe. Bias! Wawai namanya. Kecik molek. Dalam kereta borak-borak-borak da leh kamceng. Ramai cakap aku peramah tu yang boleh get along. Peramah or banyak mulut. Hmmmppphhhh....

Tapi nak warning awal-awal entry ni baaaaaannnnyyyyaaakkkkk sangat dengan gambar. Dan gambar diambil daripada group plkn diorang ni. Jub cakap tak cukup banyak gambar nye ni maka dia suruh aku masukkan lagi. Kejam kan Jub, ingat senang nak perah otak buat caption? Macam jawab soalan add math time SPM dulu kau tau tak. Kau memang kena sponsor majlis kahwin aku la nanti jawabnya.

This was the first station. Eh tak jugak. First station dah jumpa few of his members dekat RnR Pagoh. Makan-makan dulu. Kau tahu Peah satu hari tu kerjanya makan aje. -_-"

Then sementara nak tunggu yang lain-lain sampai kitorang makan-makan lagi kat kopitiam ni. Dekat sini la, kawan sekolah rendah yang dah dekat 13 tahun tak jumpa time sekolah kek Somban dulu ha jumpa. Rupa-rupanya satu plkn dgn Am. Yang tudung putih tu la Fazlin, alaa nampak separuh pulak. Yay de geng yay de geng. Time ni la baru bersorak kegirangan.

Haa tu dia tudung putih baju biru. Fazlin. Dulu satu kelas 5 Jujur SKTRJ, Somban. Yang tengah Farah, yang kiri sekali Syafiqah. Semua dah kerja. Aku rasa macam aku dengan Wawai je yang macam kanak-kanak ribena sikit sebab kami masih belajar.

So bila aku tengok-tengok gambar ni yang diorang amik actually banyak gambar candid aku. Kenapa tak cakap awal-awal, kan tak sempat nak pose. -_-"
Yang baju merah ni Jub. Yang berbaju putih namanya Supi. Time lepak kat sini la, orang-orang bersih dekat Dataran Pahlawan start bentang banner semua, polis siap sound jangan sampai masuk dalam kawasan Mall.


One of my weaknesses is I barely remembered nama-nama orang yang baru kenal ni. Ampun ya Pak. Yang aku ingat cuma ada nama Alex tapi tu pun confuse yang mana satu. Hehehe..




Ni keseluruhan peserta yang bakal masuk Raja Lawak musim akan datang. Jangan lupa tengok kat TV1 ye nanti. #Eh

Gegirls eh tak campur sorang lelaki aka bakal suami Nad.


Ni Mira, husband and their daughter. Budak kecik ni tidur je tak dan nak men-men ngan dia. Best kan pergi reunion satu family. Haih, lambatnya tahun depan. -_-"





So lepas tu kitorang pergi MP zohor dulu then baru gi karaoke. Since gegirls semuanya lambat make up and kitorang sampai room tu lambat, yang guys ni dah memekak awal-awal. Kami gegirls hanya mampu duduk di satu sudut kernanya kaum adam mengusai pentas AF pada petang tu. -_-"

Jangan main-main. Kagum anak Nad tengok Am nyanyi. Impressed or vise versa? Err..

Since aku bukan PLKN diorang ni aku bertanggungjawab la amik gambar batch diorang. Aku memang datang nak ambil gambar diorang ni pun. Haaa...
Depan dari kiri: Wawai, Nad the vogue, Farah, Syafiqah and Fazlin.

Geng Boboiyot. Eh tak. Semua tough-tough. Kecuali yang paling belakang bertopi hitam tu. Tiup dua kali melayang teruih.

Aku da cakap aku easy going punya person korang tak percaya kejap je dah kamceng dengan diorang. Kann.. Ape yang lucu aku pun tak tahu la.

Just nak cakap, aku ada tunang yang memang pantang nampak eskalator. Asal jumpa eskalator start la die nak slide ikut pemegang tu, or macam gambar atas ni. aku masih tak jumpa motif dia. -_-"

Yang tengah tu hero namanya Hamzah/Wak Amy/Jawa. Yang berselendang merah tu dah dibook awal-awal  untuk jadi bini pertama oleh si black cap tu. Yang berbaju kuning berselendang biru bukan penyokong bersih 3.0 pada petang itu. Tidak sama sekali tetapi engineer tau sekarang di JB. Nak kenal? Meh bak mai phone number korang.

Lepas tu we all gerak gi jemput Cikgu Erin dengan anaknya yang kiut miut. Nampak je Syifa kat jalan berlari Wawai, Am dengan aku berebut Syifa. Nampaknya Syifa bakal jadi Queen of the BBQ's night malam tu.

Sebab bawak budak kecil kan tu yang buat precaution step letak bantal kat depan in case Am buat emergency break ke ape ke kan. Da la time ni bawak macam orang tak tahan nak berak. Kejar ape tah dush dush dush.

Ikan ape ni? Jaket eh? Ahh tak kisah lah tak tau nama ikan lepas kawen boleh gi pasar hari-hari tanya Pak Mat jual tempe nama-nama ikan kat pasar tu apa. Yang penting perut masing-masing kenyang alhamdulillah.

Amboi kemain api besar. Patut la ayam hangus. -_-"

Ni ayam hangus, tapi sebab lapar korang tibai je kan. Hah penuh dengan carcinogen.


Am and Cikgu Erin. Muda lagi about 27 or 28 years old. =) Err Am apesal duduk ayu gila? Hahahahah..

Ni rumah Jub. Malam tu terang benderang dah macam hari raya aidilfitri pulak aku tengok.

Si comel yang Am suka layan. Susah betul suruh tidur tak mau tidur. Anak Nad aku rasa time ni dah mimpi sampai ke bintang agaknya.

Tukang bakar satay. Tapi serius satay memang sedap. Mekasih tukang bakar.

Geng-geng makan. De satay ayam, satay daging, ayam, ikan pari etc.. Malam ni perut cam problem. So makan pun sikit je. Ruginya alahai. T_T

Geng-geng homestay ni mandi and bersiap je pun dah take time jadi kitorang datang je terus melantak. Hehehehe..

Bagi la wajah-wajah mereka di publish seketika. Hehehehe..

Sedap makan bang? Da baca doa makan? Amboi kemain yang baju hitam ni. Tak dan nak posing. Hahahah..

Lepas BBQ malam tu around 12 something kot, diorang ajak kuar pulak. Adoi nye pun aku dah ngantuk serius. Mula-mula gi lepak kat DP tapi macam tak de apa-apa makanya bergerak la ke pantai eye of Malaysia eh? Pe ye namanye lupa la, tengok kereta nak racing. Tapi sepanjang waktu dalam kereta aku tidur je. Krohh krohh krohh..

Then, pergi lepak kedai mamak. Fuh serius mengantuk gila woi. Bila nak balik ni.


Malam tu sampai homestay dalam 3 lebih something like that then tukar baju tidur, terus sambung krohh krohh krohh. The next morning lepas subuh ingat diorang nak ambil-ambil gambar ke ape ke rupa-rupanya sambung tidur. Aku yang macam blur-blur nak buat apa, sambung tidur jugak la jawabnya sampai kul 9 lebih.

Dengan Wawai sementara tunggu yang lain tengah siap-siap. Wawai final year jugak civil engineering. Ada sape-sape nak kenal? Meh bak mai no phone korang.

Farah dan Syafiqah. Nak kenal?

Satu geng homestay. Rumah die not bad la. Pagi-pagi bangun tidur je best gila. Hijau je sawah kat depan luas terbentang. Rasa macam nak guling-guling je kat bendang tu. #Eh.

Geng payung. Siap ada bodyguard bagai. Time ni Jub dah mandi ke belum tah tu. Hahaha..

Depan tempat BBQ malam tadi pun jadi lah.


Actually, plan asal gi air terjun pagi ni. But since ramai macam dah balik and tak dapat join the second day, so kami decided untuk pergi shopping aja nye pun.

But before tu kitorang gi minum coconut shake kat Klebang dulu. Best tu je nak cakap.




Lepas tu baru la jalan-jalan shopping kat DP and MP.

And finally got back home safely.

So diorang ni tak de la buat lawatan sambil belajar macam pergi Zoo dan tempat-tempat lain yang saama waktu dengannya, tapi penuh dengan aktiviti sukahati diorang je. But I had fun, seriously. Thank you fiance for giving me chance to know your friends. BTW your friends were absolutely lovely and great. Lepas ni kalau de reunion classmate UTM saya bawak awak pulak. Hewhewhew. Oh ya Ahad ni pergi Masjid Tanah sebab attend engagement best friend time matrik dulu. Tak sabar nya. Bulan 8 dia dah kawin. Tahniah Fiqah!

Lepas ni kita upload gmbar dinner pulak. Em kalau rajin la. Till then. Bye.

Monday, March 12, 2012

Quick update.

Assalamualaikum readers,

Its been a long long time isn't it? Tak sedar pun dah beberapa bulan tak update cerita baru. Perasaan nak berblogging tu dah hilang sejak few months ago. And these few months jugak lot of things happen, yet I don't have that super-brave courage nak cerita publicly. Let the people close to me je yang tahu. Anyway, this is my final semester, and I'll try to make this one a great, happy semester I've ever had. I bet all final semester students will do the same kan?

This final semester is quite a bit tough actually because we all ada Plant Design. Basically kitorang kena design plant yang macam Titan or CCM tu. Syukur alhamdulillah, my group's supervisor is Dr Hashim, the super-kind hearted-sporting lecturer. So, we've been asked to design a chemical plant yang produce ammonia. But then, bila dengar team lain punya tajuk, Ya Allah, kenapa group aku punya product the simplest? Tapi ape-ape pun alhamdulillah, semoga perjalanan semester ni kena design plant tak ada lah susah especially the simulation part. Semoga dipermudahkan, aminn.

Ok lah its getting late and I think I should get some sleep because banyak benda kena buat tomorrow.

Take care guys.
Bye.

Sunday, November 20, 2011

Taken officially.


Assalamualaikum..

Maaflah dah lupa pulak nak update blog even hari tu dah janji kan. Melayu memang mudah lupa. Since bulan November ni macam-macam dah berlaku. November memang bulan sangat busy sebab banyak test, ada Harvard Case Study (HCS). Then ada TECS on Wednesday, ala-ala MUET dulu oh plus my PSM yang tak de hasil tu. Yang part happy tu, yes yes aku dah bertunang on 5th November and it’s my birthday on 19th November hari tu!

Engagement is not easy tau. Dalam 2 minggu lebih jadi tunangan orang pun kami dah bergaduh. T_T Tapi tak de la serius mana pun. Tak perlu cerita panjang, nanti korang jadi tunang orang pun korang rasa lah sendiri. 

Eh berbalik pada my engagement. Alhamdulillah, 5th. November. 2011 tu dah selamat dan termetrai ikatan janji antara dua buah keluarga untuk menyatukan satu pasangan pada tahun berikutnya (skema badak betul ayat), InsyaAllah kalau tiada aral melintang. Kalian doakan la ye semoga semuanya berjalan dengan lancar. Tempat nak buat majlis pun macam serabut nak pilih buat kat Batu Pahat (rumah sendiri) or rumah Atok? Bincang punya bincang finally buat la kat umah Atok kat Pontian, feel sikit berkumpul dengan sanak saudara yang jawanya pekat sungguh. Tapi shame on me sebab tak pandai cakap jawa. T_T


Nak pilih tarikh ni pun bukan main payah lagi, since aku ada komitmen di UTM, dan availability kedua-dua belah family.  Memang sampai satu tahap, aku and even Am decided cancel je la. Tapi barang-barang semua dah settle, tinggal nak langsung kan je. -_- Tapi tu la, in all circumstances yang macam-macam tu berlangsung jugak majlis tunang ni. 7 buah kereta pihak lelaki main racing-racing dari Batu Pahat ke Pontian. Family sebelah abah pun ada datang. Family sebelah mak jangan cakap la, dah kumpul awal-awal kat rumah atok macam nak raya dah aku tengok. Hehe, memang happening and it made my day. Seriously awesome. Thank you Eda and Fiqah spend masa kat majlis aku. Thank you guests yang datang and InsyaAllah, tahun depan dijemput lagi sekali ke majlis aku. Tak tahun depan tahun lagi satu, tak tahun lagi satu tahun lagi dua, dan seterusnya lah.

Macam dah cukup panjang je entry ni. So aku selitkan kat bawah ni few pictures from my E-day hari tu, for those yang tak dapat nak tengok through fb sebab aku dah privatekan, maaf ye. Gambar dari official photog tak dapat lagi since beliau tengah berusaha keras menyiapkan. Bulan December baru dapat. Hoyeah!

Have fun guys. xoxo.

 Bakal suami.

Dengan cousin aku, Aqil.